Tuesday, May 31, 2011

Dia comel.

heyyyyyo ! kemarin kan aku tak pergi tadika ,opsssss! bukan sengaja takpiiii ,kemarin kan demam + sakit kepala + selsema ,so aku rehat je kat rumah lps interview tuuuu -,- lps bgn tuu rasa sihat-2 ja ,so sempat lagi aku ikut mama pi ekspo pukul 11 malam yeayyyyah! pi pun sbb nak pi tgk cabutan bertuah ,hhaha hampeh tak bertuah langsung ,satu pun tak kena ,balik pun pukul 2 pagi jugak la sebab nak tgk sapa lah yg bertuah dapat kereta tuh kan ,tengok-2 kereta dapat kat makcik seorang tuhh BERTUAH sungguh makcik tuuuuu Tahniah-2 ;') balik terus beradu haha ,

harini pulak dah makin sihat ,cuma batuk + selsema ja .. so pergi la tadika .actually skrang kan cuti sekolah tapi awat pulak kena pi tadika kan? pelik dak? aku pun taktau ,ada sesi penjagaan ja soo budak-2 ni just baca Iqra' ,tidur ,mandi ,main haiiiiiih .tapi sikit ja pun yg pi ,dalam 20 orang .  tadi aku kacau si Paan omey-2 niiiiiiii ,comey ja budak ni :P

ngeeeeeee ~ nama ite Farhan Iskandar lah cikguuuuuu! :D

_________________________________________________________________________

Monday, May 30, 2011

HARI PENTING!


Salam . Isnin bersamaan dgn 30hb Mei 2011 merupakan tarikh yang penting buat Nur Syazwani Hasanah Bt Hasanin kerana beliau telah dipanggil untuk temuduga pendidikan . *ayat bm boleh dapat A . heheeeeeee :D dah-2 sambung cerita , pagi tadi gerak dari rumah lebih kurang pukul 755 pagi ke UUM Sintok . perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam . ketika tiba disana jam menunjukkan pukul 830 pagi ,pastu aku dgn Abah pun terus pi ke Bilik Tutorial 8 .

daftar apa yg patut . isi borang semua okay dahhhhhh -,- steady lagi waktu ni sbb awai lagi ,aku orang yang ke-8 daripada 13 orang . lambat lagi turn aku ,dlm pukul 9 loceng pun berbunyi . orang pertama pun masuk lahhh diikuti orang ke-2 .orang ke-3 dan seterusnya .semua calon keluar dgn senyuman manehhhhhh punya ;') aku pun taktahu apa yg dibualkan di dalam .dalam pukul 11 ,waktu tuu baru aku rasa ketaq-2 haha ,tiba-2 loceng bunyi dan aku pun terus melangkah masuk dgn memberi salam kepada penemuduga ,pada mulanya penemuduga menyuruh calon menjawab ujian buta warna ,pastu aku dipersilakan untuk duduk ,okayyyyy start .... soalan-2nya berbunyiii .........

1 - okay tolong perkenalkan diri kamu?
2 - aktiviti kurikulun yg kamu sertai di sekolah?
3 - speaking timee ! dia tya muet dapat band berapa ,dan ceritakan mengenai kos yg anda pilih .
4 - nyatakan ciri-2 guru yg ada pada kamu?
5 - nyatakan isu semasa skrg?
6 - nynyi ?

haha suruh aku nynyi ,nynyi jelaa ,lagu kanak-2 :) pastu dah habis . salam dgn penemuduga perempuan tuhh ,dia pun asyik senyum ja ucap terima kasih dan balik -,- mintak-2 semuanya okay :P


balik tu sakit kepala sgt ,atcelii sakit kepala dari smlm lagi ,suruh abah singgah farmasi ,balik rumah mandi-2 makan ubat terus lena !
bila bangun sakit kepala pun hilang ,Alhamdulillah :) .sekarang nak makan ,kbaai ;D


__________________________________________________________________________

Saturday, May 28, 2011

SICK


harini aku dgn maklang demam , time pagi tu dah start selsema ,pastuu badan pun mula hangat :| lpstu skrg kami dua dah makan ubat ,maklang awai-2 lagi dah lena! haihhhh -,- aku suruh tutup kipas ,mau tak berpeluhnya akuuuuuuu .bagus juga tuuuuu cepat sikit lega :)
semoga cepat la sembuh , yelah 30 hb ni nak pergi interview ,

doakan aku yerr ! :D
thankyouuuuu!

_________________________________________________________________________

Tuesday, May 24, 2011

Happy Birthday Abah ;)


Jyeahhhhhhhhhhhhh 23th May 2011 merupakan Hari Lahir Abahku yg tersayang ,semoga abah panjang umur ,dimurahkan rezeki ,dan sihat selaluuuuuu xD I Love You!... tadi sempena hari lahir abah ,kawan-2 dia pakat belanja kami makan dkt Kepala Batas ,sah-2 la main menu depa kepala kambing , aduiiii ,minat sungguh dgn kambing ni ,aku dgn mama just order nasi paprik ,kami kambing-2 ni kureng sket ,hehe .lps makan apa semua ,balikkkkkk laa ,penat sgt 

HAPPY BIRTHDAY!
I LOVE YOU ABAH ;)



Saturday, May 21, 2011

Kem Biodiversiti .

Last year ,geng upper six telah mengikuti satu kem iaitu Kem Biodiversiti , tujuan sebenar kem ni dijalankan untuk mengeratkan silaturrahim sesama kami sambil menikmati kehijauan alam yang serba indah ni . Kem ni bertempat dkt Wang Ulu Kuala Perlis . Kami semua berada di sana selama 3hari 2malam , seronok sangat! Time sampai sana ,pihak bertggjawab bagi kami sedikt taklimat & terus rehat , pada malamnya kami melakukan aktiviti yg sgt menarik iaitu sesi muhasabah diri .ada la yg meluahkan ttg ketidakpuasan hati , ada yg okay-2 jaa & mlm tu juga ramai yg nges , mungkin sbb baru sedar tentang kesilapan diri sendiri kot , 

sesi muhasabah diri .

err okay! then mlm tu jugak kami meneruskan lagi aktiviti ,kami kena cabut kertas tu then kami kena lakonkan watak yg tertera kt kertas tuu , goshhh ! tau aku dapat apa? aku kena lakonkan watak orang yg tension sampai kena hentak kepala dkt lantai ,pastuuuu tarik-2 rambut lagi , malu sngat , :) tapi best sebab semua orang kena buat ,tapi watak lain-2 .

Hari ke-2 ,pagi dimulakan dgn senaman ringan then berjogging ,haha lama tk jogging penat ! pastu kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan .
kami diberikan beberapa keping kertas ,saletip dan bata ! tugasan kami adalah untuk mendirikan seberapa byk bata yg ada di atas kertas yg diberikan ,setiap kumpulan perlu bekerjasama ,kertas tu kami jadikan tiang untuk bata tersebut . hahaaaaaa tak ingt pulak aku berapa byk bata yg dapat dinaikkan . tapi kumpulan aku dapat numb 2 yeyaay!
kumpulan ni yg menang :)

Aktiviti seterusnya , mata kami perlu diikat dan kami kena jalan smbil pegang kawan , takboleh lepas kawan nanti sesat , dengar mcm takut? tapi tak sgt la , mata kami ditutup pastu kami kena ikut ja tali-2 yg ada jgn sampai terlepas tali tuuuu ,kalau tak haaaaaaa -,- taktau laaaa
seronok wey buat aktiviti ni ,aktiviti ni menguji tahap kesabaran kita :)

Pastu kami masuk gua , first time kot gelap sgt . tapi batu dalam gua tu semua sejuk :p kami kena ikut orang depan, mmg mencabar sgt . hehe ada yg lekat celah-2 batu gua tuuu , ada yg kami kena ngesot dlm tempat yg kecik sgt , ada yg kami kena turun tempat yg curamm , sgt mencabar tapi best ;')
yeay finally ! berjaya jugak keluar dari gua :')
muka excited + penat :D
tgk la baju ,seluar belengas mcm apa lagi . haha
merangkak sana ,terjun sana terjun sini dlm gua tuuuuu .

Next kami mendaki bukit pulak , syok oh ! walaupun still penat , tapi syok sangat .. hehe ..
cepat cepat hehe xD
selamat sampai di kemuncak ,jyeahoo 
besttttt :)
mereka berempat saja yg berlainan bangsa ,
tapi kami tetap 1malaysia :)
permandangan yg cukup indah 
sejuk mata memandang :)
lps tu haa tunggu apa lagi ayuh kawan-2 kita turun ,
hari dah nak malam .

Malamnya pula kami buat aktiviti dlm kumpulan , debat , aku kumpulan nelayan Kuala Perlis kot ,aku pun tk ingat :\

Hari ke-3 hari terakhir disitu ,pagi seperti biasa senaman ringan dan jogging . pastu mulakan aktiviti mengunakan kompas , kena carik klu seterusnya berdasarkan bearing yg diberikan ,kalau silap tgk kompas habis la.. 

Last buat aktiviti dlm bulatan ,uji minda . kita kena pantas untuk menjawab kalau depa tya kita , kalau lmbat jawab kita kalah ahahah :P

Kenangan sebelum balik 
kenangan bersama form6 smkdsa the best
miss you all ,
:))


_________________________________________________________________________________

rindu zaman sekolah!

salam ,kalau tak jawab dosa kalau jawab sayang hehe ,sayang tak sayang tak? sayang kan? :') ha disebabkan aku still tak bole tido , aku ambil keputusan untuk karang entry berkaitan zaman sekolah .jyeah semua orang pernah ke sekolah & masing-2 menpunyai kenangan yg tersendiri kan tk kira pahit manis masin dan mcm-2 lagi .seperti aku sendiri yg telah berada di alam persekolahan selama 14tahun!

 start dgn tadika ,then jejak kaki ke sekolah rendah ,dan terus melangkah ke alam sekolah menengah .time ni byk sgt kenangan yg mungkin tdk dapat dilupuskan dari ingatan ,hehe time ni juga la nak mula gatal-2 ,biasalaa baru nak meningkat remaja :) okay byk sgt kenangan kalau nak cerita satu per satu hmmm ,ntah bila nk habis ! time form5 tuu ergh jadi malas sgt belajar, malas nk ke sekolah ,malas siapkan homework ,mcm-2 malas lagilah yg ada dkt diri aku time tuu , dpt je result spm? OMG! tak de la teruk sgt ,byk juga yg credit ,setimpal la dgn usaha yg tk seberapa tuuuu ergh! :( then mula dari tu terus menyesal sgt .. rasa sedih sbb tingin masuk U ,bila orang cakap sal form6 ,awai-2 lagi aku tolakk. takmau pkai baju sekolah punya pasal! yela aku dgr dari orang katanya form6 ni lekeh la apa -,- tapi byk sangat yg suruh aku masuk form6 sbb depa kata cerah masa depan. :))

then aku pun terus bersemangat untuk kembali ke alam persekolahan . first daftar kat sekolah lama ,then terus tukar sekolah sebab takmau ambik Bahasa Arab . tukar ke Sek Men Keb Dato' Sheikh Ahmad .. ambik aliran kemanusiaan , just 5subjek , aku ambik Seni Visual , BM , Pengajian Am , Computing dan satu lagi MUET. lps tu baru tau yg form6 diupgrade kepada PPU yg bermaksud Program Pra- Universiti . hahaaaaa ;D sedap sikit dengar ! yg bestnya masuk form6 ni sbb cikgu-2 sporting habis , dah tak marah kita sgt , dah layan kita mcm kawan-2 ja .. byk sgt kenangan yg tk dpt dilupakan ketika berada di alam Pra-Universiti .. aku nk bgtau hampa-2 dkt luar sana yg form6 ni mmg best sgt ,rugi sapa tk masuk , hehe *promote-2 ,lagipun cuma setahun setengah ja . 

 tgkla gmbar dkt bawah ni , semua mmg happening sgt aih ;]
cuma ada la skit-2 yg tak best , tapi arg lantaklaa .
majoriti nya yg best-2 lahh .
 time ni kami ber-BBQ , :)
kami satu keluarga .
 time sukan , sempat lagi posing tgh padang 
form6 ni senang ,just tolong cikgu je dkt padang :D
 yeayyyy ,keledang juara ^^"
cantik tk sepanduk yg kami buat? ;D
 with my bff , Fyza .
rindu nak pakai baju sukan ni ;\
 1 Keledang , 1 Malaysia , Keledang Juara ! Alhamdulillah -.-'
 Jyeahhhhhh dgn cikgu computing :D 
namanya cikgu Izah , dia ganti cikgu Midah yg cuti bersalin .
 Alalala ,ayunyaaaaaa !
 Haha time ni best 1st November 2010 tarikh keramat, tinggal lagi beberapa hari nak stpm .. 
sekolah tutup selama seminggu lagi kelia , steady je dkt rumah bukan setadi ;P
 Otw balik time banjir ,terkandas -,- abah mai ambik dkt sekolah!
 hari graduasi ,rinduuuuuuuu ..
 Jamuan Hari Raya PPU 2010
Time dinner , i miss you all ;|

love ; wanyy ;)
__________________________________________________________________________________

Friday, May 20, 2011

Rehlah ;D

KHAMIS 19th MAY 2011 - hari ni bawa murid tadika untuk release tension la konon , konon buat aktiviti luar tadika . tempat yg dituju jeng jeng jeng Tasik Melati, okay tujuan bawa mereka ke sini sbb nak dedahkan mereka dgn suasana luar pastu nak bagi pengetahuan dgn alam kita ;') start bertolak ke Tasik Melati pukul 820pagi dgn bus ,syok tak terkata budak-2 tuh naik bus! excited haha ,then smpai sana ,buat pelbagai aktiviti yg menarik & mengikut kreativiti kumpulan masing-2 ,mmg penat juga nk kawal budak-2 ni ha ,takut terjun dlm tasik tujela haaaaaaa -,- so mata kena main peranan penting untuk mengawal tak kira disebelah kiri kanan depan mahupun belakang ,*ayat mcm cikgu bm haha! kita layan gambar zasss ~

 
haha seronok tak terkata dapat naik bus, smpai tadika dlm pukul 12lebih .

____________________________________END_________________________________________