Monday, August 29, 2011

Kampung.

Hai hai ,assalamualaikum semua ;D Harini merupakan hari terakhir kita berpuasa. Hii syok ahh ,maknanya esok kita rayaaa. 

Yeayyyyyy! Skrng aku kat kampung haaa, Kampung Chelong! Yes, my beloved tokwan's house. Sesiapa nak mai beraya lai lai :D Hahaaaa ,actually kemaren ptg dah mai sini. Then tak plan pun kan nk tdo sini, bila dah smpai kmpung.. Ada la pulak org yg dok pujuk suruh tido situ haha ,so termakan la pujuk rayu mereka mereka hahahaha -.-' Syok kot kalau beramai-2 dgn saudara mara nii.. Berbukak kat kampung. Pastu balik rumah sat ambik baju segala, bertolak semula ke kampung. Alaaaaaaaaaaaa.. Dalam 10 minit je :p

Semalam aku buat kueh raya tauuu. Nak tau kueh apa? Hik, ala yg lagu Saleem nyanyi tuh. Jeng jeng jeng ..... Kueh Suci Dalam Debu lah ,kalau taktau search kat google kay kawan -kawan sekalian. Mudah je kot nak buat kueh ni ,just guna kulit popia and susu tepung je ,simple sgt la.. Settle semua dalam koi 2 pagi centu. Apa lg ingat nak lena lah ,pastu sembang-sembang koi berapa ntah baru lena.. Disebabkan tido lewat maka, kami bertiga tak terjaga sahur! Oh, dahlaaaa tak makan apaaa ;\ Dok ingt nak bgn makan. Tp bekpila, puasa je. Heheeeee ,kami kan kuat haahhahahahah :D

Koi 9 maklong pun gerak ajak pi beli baju kurung. Konon kat cmart jela ,koi 950 pagi dah terpacak kat depan pintu Cmart , hahaha dok melilau kot cmart maklong tak berkenan ajak pi Kngaq pulak ,huih nak naik apa tiktau.. Pi dgn pakteh ,tapi pakteh pulak dah balik :/ Pastuh kami berlima pun naik teksi ke Kngaq.

Smpai Kngaq ,byk jgak la pilihan baju- baju. Maklong ,maklang ,aku semua pkat beli la barang kami. Pastuh.. Kena balik naik bus.. 
Syok kot ,lama tak naik bus .. Ambik bus Kodiang turun depan Sekolah Tok Sheikh ,pastuuuuuuu. Kena jalan kaki pi office abah nasib abah ada kat office ,dan nasib dekat ja :P Penat jugak laaaaaaa. Pastuh abah hntaq kami balik Kampung yeay! 

Baru sudah main mercun bawang dgn sepupu sepapat hihi :P


Friday, August 26, 2011

Awakk.. So sweet.. ;)

Thanks to my sayang sbb dah belikan itew Burger. Hahaha saja ja merungut cakap lama tak makan burger. Tutupp smpai dah depan rumah. Aw sweet ja kan awak? Mesti takmau bg saya lapar letew. 
Hehee thanks thankssss :D 
Dah kenyang pun. Brpp Alhamdulillah :) Love you syg!


Saturday, August 20, 2011

Persiapan Hari Raya :)

Hye hyeeeee. Mcm mana persiapan raya? Dah lengkap segalanya ka? Baju raya itew dah siap tau tauu! Aww ,4pasang noks tahun ni, cuma tinggai tudung dengan kasut raya ja belum -.-' Tahun ni ingat nak pkai tudung biasa ja ,tapi sayang suruh pakai shawl ler plak :\ Hm malas nak lilit bagai ,esh takpela beli tudung dan shawl sekali. Kalau rasa malas sgt nak lilit ,just pakai tudung ja bek pi bekpi :p

Td en ,pegi shoping dengan Adik Kecik Comel :) . Konon nak carik baju melayu, tapi tak berkenan la apa. Hy cerewet sguh :\ Pastu aku dgn Adik Kecik Comel :) beli cardigan dgn tshirt jela ,penuh plastik besaq 2kupang haha :P 

Benda lain yg plan nak beli ,beli lain yg TERBELI ,'terbeli' okay. Hehehe.. :D Biasaler pompuan pntang tgk haha. Rmbang mata oi sat kenan hat nu hat ni. Berbuka pun kat luar je td dgn adik kat kfc, dk knyg smpai la lagi . Bungkus kfc bawak balik kat mama dgn mak adik :) Mak adik baik kot harini ,bg balik malam. Haha ,thankyou makcik!! Lainkali sy ajak anak makcik kuaq lagi hehe:D

Dah dah ,byee 


Friday, August 19, 2011

LAGU BARU :)

Salam.
 Macam mana puasa tahun ni? Puasa penuh tak?
 Kalau perempuan tu mustahil ler nak penuh kan ,untuk kaum Adam pulak ,sila lah berpuasa penuh yer :D

Eh ,haritu aku rasa baru sgt je masuk 1 Ramadhan ,pejam celik pejam celik. 
Tup tup dah 19 Ramadhan ollsss :) 
Sekejap sgt masa berlalu. Sama-2 kita menunaikan ibadah puasa dgn ikhlas. Hihi 
haritu en ,tempah kueh raya dkt tempat kerja ,sebalang ja pun. Yg penting kueh tuh dah smpai tau! 
Semangat nya nak rayaa
 #Tupun nak cerita. wek!
Hihii :D

Skrng rasa ,oh tak sabarnya nak RAYAAAAA ..! Tgk la lagu blog pun dah bertukaq ,punya la excited en nak raya . hehe . Baju raya tahun ni tak siap lagi ,mama tgh buat tuuu hik ,bestnya <3

Tak sabar nak raya ,jumpa sedara mara. Gosip gosip. Makan ketupat, rendang bagai.
 Bestnyaaaaa :') 
Tahun ni Tingin nak main bungapi laa. Hehe
Meriahnyaaaaaaaa :')
Best kay , bai :D


Sunday, August 14, 2011

THANKS TO .. ;)

Okay selamat petang semua ;) 

 Hehe harini kita merasmikan blog baru. ;-)

Blog ni diubah suai oleh adik aku yg tersangat la baik hati .


Dia la rajin nak edit la bagai. Heh, lawa dak?
Mesti kan ,tengok la sapa editkan :D

Aku suka sgt perubahan blog nii.
Simple but Nice. :)
Tak gitu? Hehe. 


Thanks sbb byk tolong kak dik. Kak tau adik bosan smlm. 
Haha Nasib baik tak sempat bunuh diri lagi hehe.. :D
Thank a lots sayanggg ;-)
I LOVE U LAHH <3 ,mwahhhmwahhhh :-*

Monday, August 8, 2011

Miss u.

Dah koi 1 but mata aku still tak boleh lelap lagi. Aku terpkirkan someone ..
Hmm.. Mmg dia dah lena ,sedap di buai mimpi agaknya , aku rasa serba salah sgt kat dia sbb marah dia ptg tadi .
 Walaupun aku dah marah dia ,dia still layan karenah aku , baik kan dia?

Sbb tuh aku sayang dia sangat .~ Aku rindu dia :'D walaupun baru jumpa tadi hihii .

 Im sorry kay sayang . Ptg tadi tuh marah bersebab okay? Hmm.. Da2. Lps ni jgn nak gado lagi.. Hmm dia tga mimpi apa la agaknya? Heheh :p #Gatai la aku ni. 

Jum. Baik aku tido jugak esok kerja :p

I LOVE YOU ;)

 Night :-*



Sunday, August 7, 2011

ALLAH MAHA BERKUASA ;)


Salam . 
Hari ni Sabtu bersamaan dgn 6 ramadhan ,time tu nak dekat koi 12 dah .Fitri mai hntaq duet . Sambil-2 tu aku tgk bulan sabit yang ohh ~cantik sgt kat langit, sejak dua tiga malam ni bulan sabit muncul kat langit . CANTIK sgt!! So ,aku pun tgk la.. Tetiba kan ,aku terperasan sesuatu kt bawah bulan tuh , Kalimah ALLAH s.w.t. Serious nak ambik gmbaq tak sempat pulak ,ruginya aku .
 Bukan senang nak tgk tuu. 
Mungkin ada sesuatu berkaitan awan yang membentuk seakan-2 kalimah ALLAH tu. Lps tgk tuh terus dup dap jea jantung aku .. ;) Mungkin tuh jugak peringatan buat kita kan , semoga kita sentiasa ingat dan patuh dengan perintah ALLAH . Aku bersyukur sgt dgn apa yg aku telah lihat malam ni , ;-) 

Ya-ALLAH sesunnguhnya engkau yang maha kuasa . Allah memiliki segala yang ada di langit dan di bumi termasuklah diri kita. Kita adalah milik Allah dan demikian jugalah segala apa yang kita miliki.
;)
Syukur padamu Ya-Allah dgn apa yg diberikan ;)



Thursday, August 4, 2011


Sakitnya perut :\
Malas nak bergerak sana sini .
Nak jea dok mcm gambar kat atas .

/ Kbye\




Tuesday, August 2, 2011

RAMADHAN ;)

Salam ,
Fuhh fuhhh ,banyaknya habuk kat blog ni , adui busy sgt kot tak sempat update , nak kata busy , Facebook hari-2 bukak ;) Haha ,actually aku kekeringan idea , kering kontang! Haha :p

Kay disebabkan malam ni gatai sangat nak menaip ,so aku nak mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM . Semoga amalan kita diterima oleh-NYA ;) 



Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

-Google 

Saturday, July 2, 2011

MALU ;*)

Today ,
Malunya aku .sebab apa? Biaq lha aku dgn cousin aku jea yg tauuuuuuu ;*) 
Comei lha pulak :D

K ,actually aku kat kampung nie ,UntungLaaa umah tokwan dah ada tenet ! 

Laju pulak dapat la on-line puas puas 
Lagi sekali ,aku malu untuk harini tau hehe,
aw awwwwwwww :)

BYE :'D



Saturday, June 25, 2011

Bersantai Di KP

salam satu malaysia .hehe :)

lama aku tk jenguk blog .sebenarnya banyak benda yg nak dikongsikan ,tapi disebabkan kekangan masa dan sikap malas aku untuk menaip .maka aku tinggalkan blog ni sampai dah bersawang .hehe :P

yeah ,hari Isnin lepas bersamaan dgn 20 Jun 2011 ,aku ,Ilham ,kak Fanny ,kak Ayu ,kak Iza telah pergi ke Kuala Perlis ,kononnya nak makan ikan bakaq la kan? kak Ayu la nak sgt -.- dia cakap teringin nak makan tepi laut ,mana lagi kat Perlis yg ada laut bagai .Kuala Perlis la destinasinya .hehe ,kalau tak kak Syu pun join sekali ,tapi dia ada hal yg mmg tak dpt dielakkan ,kalau tak cukup la kuota kami hehe :D

DSETINASI PERTAMA :- Koma Laut
sampai situ pun ,agak lam pukul 9 lebih dah ,pilih nak makan apa semua ,tunggu pun tak lama la ,sebab orang tak berapa ramai :) 
sementara tunggu semua makanan sampai ,sempat lagi kami bergmbar. hehe :)
menu yg kami pilih : ikan bakaq ,sayuq campuq ,tomyam ,sotong goreng tepung ,dan ulam-2an .
air pula kami order oren bancuh ais + laicikang .

serious mmg sedap la ikan bakaq situ! tomyam dia pun okayy ,sotong goreng tepung lagi best :) kira semualah sedap sampai licin kami makan hehe harga pun mmg berpatutan la. takla mahal sgt :D ha tengok? sampai licin kami makan ,nyummmy! 

selesai makan ,kami pun beredar dari Komalaut tuu , eh eh sebelum tuuuuh ,ada gambar yg diambil untuk disimpan sebagai kenangan :)

DESTINASI KE II :- Tepi Laut

mmg best sangat lepak di tepi laut pada waktu malam ,angin yg sepoi-2 bahasa . wuarh! hehe boleh tgk bulan , bintang yg cantik di langit . Subhanallah ,cantiknya segala ciptaan Allah ,sungguh indah dan nyaman sekali :)

THE END



Friday, June 17, 2011

Okay Happy Birthday To You Adik!

First ,nak ucap HAPPY BIRTHDAY to Ahmad Akmal Syahmi yg menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-16 tahun ni pada tarikh 16 Jun 2011 ;) tadi pi celebrate birthday adik kat Kfc ja .. sbb dia yg nak kat situ ikut jela ..

see? hehe empat serentak . actually birthday depa semua dah lepas ,tinggai aku ja bulan 12 nu .. ;(
 nama-2 tuh ikut turutan bulan birthday depa .hehe :D

 sesi memotong kek ,abah ,aizat ,adik & tgn mama je yg nampak . 
mama malu ..hehe :D
kami tunggu abah yg potong bagi :P
Alhamdullillah dah kenyang ,syukur kepada Allah ;)
last ,birthday boy dengan abah :P
Happy Birthday !!



Thursday, June 16, 2011

BoboiBoy + Paan

wey nak tgk dak satu video? hehe actually ni video last week ,saja la gedik nak upload . tengok ha :P
kalau tak jelas sila pausekan dulu lagu :)

video

time ni tinggai depa dua ja ,yg si Adam hat baju kuning . hat sorang lagi Paan . Adam ni suka sgt dengan Boboiboy .hari-2 dia sebut dkt aku ,siap ada baju Boboiboy lagi ,aku sampai berbelit lidah nak sebut Boboiboy ni ,aku sebut jadi Boi boi boy! hehe ,Adam cakap bukan la ,Boboiboy lah ;') hehe ,cumel sgt ! 



Sunday, June 12, 2011

THANKS TO ALICE !

Dear Adik Alice  ,

thanks tau buat header ntuk akak ,hehee cumel i loikkkeeeeeee! :P 

mekasih tauuuu ,nt akak belikan sweets kat adik ,hehe :)

baik oh adik comel ni ,dia sanggup buatkan header ni ,aku mula tu dah try .tapi takmenjadi .
then Adik Alice nie la yg meng-offerkan diri nak buat .
hehe thanks sangat ,i really appreciate it! 
sapa nk kenal sila la jenguk blog dia ;)

THANKS AGAIN






Saturday, June 11, 2011

GERAM!

Entry ni ditujukan khas untuk awak ..
sejak birthday awak kan ,kita dah tk jumpa kan? kenapa awak selalu mengelak jumpa saya? saya pun jadi malas la bila awak ajak saya keluar malam ni -.- maaf ,mmg saya nak keluar sgt ,tapii saya geram dgn perangai awak tuuu . awak ,mmg saya silap sebab saya kongkong awak .. tapi benda tuh serious saya tk suka ,benda yg awak tak suka saya tak buat kan? tapi ..ntahlaaaaa .bnda yg saya tak suka ,awak nak buat sgt! saya penat dah potpet kat awak ..last-2 air mata saya juga yg jatuh bila awak lgsg tk dengar cakap saya ,awak sangup pertahankan benda tuuuuu! err geramnyaaaaaaaaaaaaaa!! saya dah tak larat dgn semua ni .adeii ,takpala dah awak mmg minat benda tuh ikut la saya malas cakap byk dah ,awak bukannya paham pun .. takpalaaa ..



Thursday, June 9, 2011

Happy Birthday Awak! :)

tanggal 9th june ,merupakan hari ulangtahun encik hati ,
yehhhhhu .dia dah besar kan? :P

happy birthday awak 
semoga pnjg umur 
diberikan kesihatan yg baik 
dan semoga hidup awak lebih ceria :)

maaf la hadiah tk sempat carik lagi ,agak busy! nanti la noo ,hehe :D 

i love you with all my heart .. 




Sunday, June 5, 2011

HAPPY BIRTHDAY MAMA :)

today is mama's birthday ,so ..
HAPPY BIRTHDAY MAMA :) 
semoga mama dipanjangkan usia ,sihat ,bahagia selalu ,dimurahkan rezeki .semoga tahun ni menjadi tahun yg lebih baik buat mama , I LOVE YOU MAMA , terimakasih sebab selama ni dah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang ,sanggup melayan karenah anak-2 mama dengan penuh kesabaran.
MAMA merupakan mama terhebat yg pernah kami ada .

I LOVE MY MAMA ! :)

_________________________________________________________________________

ENCIK HATI .


encik hati? haha ,omey ja nama :D
pejam celik pejam celik dah ,dah 2years 5months 1week 1day dah dengan encik hati :') tempoh yang agak lama tuh ,Alhamdulillah .walaupun kerap gaduh ,tapi kami still berbaik ,alah gaduh-2 manja ,hahah gedik!! :P tak sangka pulak aku orang yg dulu aku tak sukaa ,tetiba jadi kekasih hati aku .hahaha! orang kata tak kenal maka tak cinta ewahhhhhh ayat nak maneh sedia :) 


buat encik hati ;-

i love you
i miss you
i need you


semoga hubungan kita kekal selamanya ,amin :)

_________________________________________________________________________

Saturday, June 4, 2011

hanis natrah

time di tadika ,waktu yg paling best ialah time budak-2 tidur ,aduh terasa aman sangat ,time tu jugak la kita boleh berehat-2 ,nak baring ka terpulang ,nak lena pun boleh ,tapi aku sebagai pekerja yg amanah *hahaaaa! aku tak lena pung ,aku just tengok budak yg tak lena ,suruh depa lena :) pastu aku mula lah kacau si kicik ucum acam sorang tuuuuu Hanissssss! geram akuuuu ,baru 2tahun pandai tau panggil cikgu .. tapi bunyi nya cikduuu hehe :D 

 Hanis ucuk takmau lena :P
Hehe bosan kot takdak kerja nila hasil :D

_________________________________________________________________________

DATING :)

ptg tadi best kot ,dating dgn omey .
aduh walaupun dia tak byk cakap ,aku still suka usik dia .
time dia senyummmmm adui punya lah manehhhhhhhh :D 

mai nak tunjuk ket gmbar omey 
|
v

nak nges ni kena usik :P
dahh pujuk diam ! 
heehe :P

________________________________________________________________________

Tuesday, May 31, 2011

Dia comel.

heyyyyyo ! kemarin kan aku tak pergi tadika ,opsssss! bukan sengaja takpiiii ,kemarin kan demam + sakit kepala + selsema ,so aku rehat je kat rumah lps interview tuuuu -,- lps bgn tuu rasa sihat-2 ja ,so sempat lagi aku ikut mama pi ekspo pukul 11 malam yeayyyyah! pi pun sbb nak pi tgk cabutan bertuah ,hhaha hampeh tak bertuah langsung ,satu pun tak kena ,balik pun pukul 2 pagi jugak la sebab nak tgk sapa lah yg bertuah dapat kereta tuh kan ,tengok-2 kereta dapat kat makcik seorang tuhh BERTUAH sungguh makcik tuuuuu Tahniah-2 ;') balik terus beradu haha ,

harini pulak dah makin sihat ,cuma batuk + selsema ja .. so pergi la tadika .actually skrang kan cuti sekolah tapi awat pulak kena pi tadika kan? pelik dak? aku pun taktau ,ada sesi penjagaan ja soo budak-2 ni just baca Iqra' ,tidur ,mandi ,main haiiiiiih .tapi sikit ja pun yg pi ,dalam 20 orang .  tadi aku kacau si Paan omey-2 niiiiiiii ,comey ja budak ni :P

ngeeeeeee ~ nama ite Farhan Iskandar lah cikguuuuuu! :D

_________________________________________________________________________

Monday, May 30, 2011

HARI PENTING!


Salam . Isnin bersamaan dgn 30hb Mei 2011 merupakan tarikh yang penting buat Nur Syazwani Hasanah Bt Hasanin kerana beliau telah dipanggil untuk temuduga pendidikan . *ayat bm boleh dapat A . heheeeeeee :D dah-2 sambung cerita , pagi tadi gerak dari rumah lebih kurang pukul 755 pagi ke UUM Sintok . perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam . ketika tiba disana jam menunjukkan pukul 830 pagi ,pastu aku dgn Abah pun terus pi ke Bilik Tutorial 8 .

daftar apa yg patut . isi borang semua okay dahhhhhh -,- steady lagi waktu ni sbb awai lagi ,aku orang yang ke-8 daripada 13 orang . lambat lagi turn aku ,dlm pukul 9 loceng pun berbunyi . orang pertama pun masuk lahhh diikuti orang ke-2 .orang ke-3 dan seterusnya .semua calon keluar dgn senyuman manehhhhhh punya ;') aku pun taktahu apa yg dibualkan di dalam .dalam pukul 11 ,waktu tuu baru aku rasa ketaq-2 haha ,tiba-2 loceng bunyi dan aku pun terus melangkah masuk dgn memberi salam kepada penemuduga ,pada mulanya penemuduga menyuruh calon menjawab ujian buta warna ,pastu aku dipersilakan untuk duduk ,okayyyyy start .... soalan-2nya berbunyiii .........

1 - okay tolong perkenalkan diri kamu?
2 - aktiviti kurikulun yg kamu sertai di sekolah?
3 - speaking timee ! dia tya muet dapat band berapa ,dan ceritakan mengenai kos yg anda pilih .
4 - nyatakan ciri-2 guru yg ada pada kamu?
5 - nyatakan isu semasa skrg?
6 - nynyi ?

haha suruh aku nynyi ,nynyi jelaa ,lagu kanak-2 :) pastu dah habis . salam dgn penemuduga perempuan tuhh ,dia pun asyik senyum ja ucap terima kasih dan balik -,- mintak-2 semuanya okay :P


balik tu sakit kepala sgt ,atcelii sakit kepala dari smlm lagi ,suruh abah singgah farmasi ,balik rumah mandi-2 makan ubat terus lena !
bila bangun sakit kepala pun hilang ,Alhamdulillah :) .sekarang nak makan ,kbaai ;D


__________________________________________________________________________

Saturday, May 28, 2011

SICK


harini aku dgn maklang demam , time pagi tu dah start selsema ,pastuu badan pun mula hangat :| lpstu skrg kami dua dah makan ubat ,maklang awai-2 lagi dah lena! haihhhh -,- aku suruh tutup kipas ,mau tak berpeluhnya akuuuuuuu .bagus juga tuuuuu cepat sikit lega :)
semoga cepat la sembuh , yelah 30 hb ni nak pergi interview ,

doakan aku yerr ! :D
thankyouuuuu!

_________________________________________________________________________