"Tipu Hamil Kerana Projek Sekolah" mungkin ada jugak yang dah baca kan , hehe aku kot yg agak ketinggalan .
GABY RODRIGUEZ membuang bantal pada perutnya selepas berpura-pura hamil selama enam bulan.  
YAKIMA, Washington - Setelah mengharungi kehidupan sebagai pelajar  sebuah sekolah tinggi dengan kandungan yang semakin membesar, Gaby  Rodriguez akhirnya membuat pengakuan mengejutkan - dia sebenarnya tidak  pernah hamil.
Rodriguez, 17, membuat pendedahan itu minggu ini semasa menghadiri  perhimpunan pagi Sekolah Tinggi Toppenish di sini selepas guru dan rakan  sekolahnya menyangka dia telah enam bulan mengandungkan anak luar  nikah.
Pelajar berkenaan yang mendapat semua A dalam mata pelajarannya  sebaliknya memberitahu, dia berpura-pura hamil untuk menyiapkan projek  tahun akhirnya yang bertajuk: 
Stereotaip, Khabar Angin dan Statistik.
Sebagai bukti dia berkata benar, Rodriguez mengeluarkan bantal yang  diikat dengan menggunakan wayar pada perutnya di hadapan para pelajar  lain.
Seterusnya, dia memberitahu, kajian sosial itu dirahsiakan dan hanya  diketahui oleh seorang rakannya, ibunya, teman lelakinya dan pengetua  sekolah berkenaan serta segelintir yang lain.
"Saya mahu membuang bantal ini dan tidak mahu lagi meneruskannya," katanya kepada akhbar 
Yakima Herald-Republic selepas mendedahkan berita tersebut.
Selepas Rodriguez membuang 'perut palsunya', ramai antara 700 pelajar  sekolah itu, pada mulanya terkejut, namun mereka lantas bangun  memberikan tepukan gemuruh kepadanya. 
Mengulas mengenai tindakan pelajarnya itu, pengetua sekolah  berkenaan, Trevor Green berkata, Rodriguez patut dipuji kerana  komitmennya meneruskan projek tersebut.
"Dia mengorbankan tahun akhirnya semata-mata untuk mengetahui  bagaimana perasaannya menjadi seorang ibu pada usia remaja. Saya  mengagumi keberaniannya," kata pengetua tersebut.
Kisah pelajar berkenaan mendapat liputan meluas di AS dengan Rodriguez diundang ke rancangan bicara pagi popular, 
Today kelmarin untuk menceritakan pengalamannya. - Agensi